Tuesday, 23 May 2017

Masak Lemak cili Padi Ikan Keli (Bukan Nogori Punyo)

Bahan-bahan:

3 ekor ikan keli disiang bersih
( salutkan keli dengan kunyit serbuk dan garam. Salai seketika. Kalau tak ada dapur arang, letak atas kuali tanpa minyak. Kl boleh nonstick pan)

Bahan B.
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
2 biji cili api (ikut tahap pedas)
Sedikit kunyit hidup

Bahan C.
1 btg serai
1 keping asam gelugur
Gula
Garam
250 gram santan pekat

Cara-cara :

-cara saya senang. Ini cara pemalas. He he he. Blendkan sekaligus bahan A. Sekali dengan santan. Tambah air sedikit jika terlalu pekat.
-masukkan ke dalam kuali dan panaskan.
-selalu kacau. Takut naik minyak. Masukkan asam gelugur dan serai
-bila sudah gelegak, masukkan ikan keli ya g sedah disalai
-masukkan bahan perisa garam dan gula
-biarkan dengan api kecil sehingga pekat kuahnya.
-siap dan boleh di hidang
-yummy!!!

Sunday, 21 May 2017

Roti Bun Sardin bersalut Telur

Bahan-bahan:
1 tin sardin kecil
1 biji bawang holand
3 biji roti bun bijan
Sedikit garam
2 biji telur
Minyak untuk goreng
Cara-cara:
-dadukan bawang holand dan masukkan dalam mangkuk
-masukkan sardin dalam bawang tadi dan hancurkan.
-perisakan dengan sedikit garam
-belah roti dan sapukan dengan bancuhan sardin dan bawang tadi
-pukul 2 biji telur dan perisakan dengan sedikit garam
-panaskan minyak
-celupkan roti bun yang berinti sardin kedalam telur dan goreng dalam minyak sederhana panas
-bila dah golden brown, toskan
-sedia untuk dihidang
-yummy

video

Thursday, 18 May 2017

Telur Kicap Halia (Masak Bujang)

Bahan-bahan:

3 biji telur (digoreng)
1 biji bawang besar
1 ulas bawang kecil
1 biji cili besar dipotong panjang
1 inci halia di hiris-hiris
5 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos seafood adabi
1 sudu minyak masak
sedikit garam
1/2 cawan air

cara-caranya:

-tumis bawang, bawang putih dan halia sehingga wangi
- masukkan air dan tunggu sehingga gelegak

-masukkan kicap manis dan seafood sos
-tunggu gelegak sekali lagi
-masukkan cili besar yang dipotong panjang
-rasa, kalau kurang garam, masukkan garam secukup rasa


- gorengkan telur
-kalau boleh kuningnya kurang masak



- bila kuah dah masak, tuangkan atas telur yang telah digoreng
-sedia dihidang
-yummy

Wednesday, 10 May 2017

Nasi Lemak Sambal Sedap

Nasi Lemak : 4 pax
Bahan bahan :
3 cawan beras
1/2 kg santan cair
Air (tambah air mengikut sukatan anda masak nasi putih yer)
Sedikit garam
Sebiji bawang merah
1/2 inci halia
1 sudu kecil minyak masak
Cara-cara :
-basuh beras sehingga bersih
-masukkan dalam rice cooker
-masukkan semua bahan tadi dan kacau
-tekan rice cooker. Tunggu sehingga siap.
-kenapa saya masukkan minyak kedalam nasi lemak td? Ini kerana minyak boleh membuatkan nasi lemak kita shining dan berderai.
Sambal Nasi Lemak (pakai sukatan ni yer):
1 mangkuk cili boh
2 mangkuk bawang merah yang di blend
3 ulas bawang putih
3 hiris halia
2 sudu besar gula
Gula melaka (sesedap rasa)
Sedikit garam
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Cara cara :
-panaskan minyak. Minyak dah panas, masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga wangi
- masukkan cili dan tumis sehingga naik minyak.
-masukkan bawang blend dan halia
- api biarkan perlahan. Kacau sekali sekala.
-dah nampak sambal agak agak dah masak, masukkan air asam jawa, gula melaka sedikit dan gula putih. Resipi saya, kalau masukkan gula melaka, mesti bak masukkan gula putih sikit. Sebab saya tak guna pak aji naik moto. Hehehe. Gula melaka pula, untuk memekatkan kuah dan menjadikan kaler sambal gelap sedikit. Tak la merah nyala. Orang nak makan pun takut. Nampak pedaih.
- kacau sekali sekala
-masukkan garam. Rasa lah sikit. Kot2 kurang masin. Tambah skit lagi.
-sambal yang dah masak akan naik minyak jernih dan tak berkeladak.
-siap
-boleh dimakan dengan nasi lemak td.
-jangan lupa telur rebus, timun, dan  bilis goreng........


Monday, 8 August 2016

Pisang Goreng Rangup

Mahukan pisang goreng yang rangum kebabooo, sila ikut resipi ini. Turun temurun tau

Bahan bahan :

3 senduk tepung beras
1 sudu kecik air kapur makan
Sedikit kunyit serbuk
Air
Sebiji telur
Garam secukup rasa

Cara cara :

-bancuh semua bahan tadi sehingga likat
-likatnya, boleh membalut pisang yang hendak digoreng
-kl tlebih air, campurkan tepung beras lg. Jangan sesekali campur tepung gandum
-selepas bacuh, boleh celupkan pisang dan goreng macam biasa
- wah.... rangupnya!!!

Kuih Ropa Inti Kentang

Bahan - bahan inti :

3 biji kentang di dadu
4 sudu besar daging ayam cincang
1 biji bawang holand di dadu
Sedikit daun saderi
Garam
Gula
Minyak utk menumis

Bahan untuk kulit :

2 cawan gandum
2 sudu tepung beras
1 1/2 cawan air
1 biji telur
Garam
Pewarna
Kuali leper

Cara2 :
-bancuhkan semua bahan untuk kulit.
-bancuh sampai tiada ketulan gandum
-sapu sedikit minyak pada kuali
-lenggangkan bancuhan tadi.
-bila dah masak, angkat
-masak lagi

Inti:
-panaskan minyak.
-tumiskan bawang holand dan ayam cincang
-sampai naik minyak.
-masukkan garam.gula secukup rasa
-taburkan daun saderi yang dicincang
-angkat. Siap

Cara membalut:
- ambil kulit yang dah siap, letakkan di atas pinggan leper
-letakkan inti. Dan gulung seperti kuih ketayap. Tapi petakkan sikit 😄
-ulang cara sampai habis kulit
- sudah siap, panaskan kuali leper dengan sedikit minyak
- gorengkan kuih yang sudah dilipat tadi
- agak2 garing, angkat.
-boleh hidang. Sedap