Menu

Ayam Golek Parcel

Bahan-bahan:

1 ayam whole leg
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Bahan B:

1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
1/2 kg santan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar bawang blend
1 sudu besar cili blend
Sedikit belacan
Garam dan gula

Cara-caranya:

- oleh kerana saya tinggal di pangsapuri, susah untuk memanggang ayam. Jadi saya letakkan ayam yang telah digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit kedalam kuali non stik ataupun grill pan
- sambil- sambil itu masakkan kuah percik
- masukkan semua bahan sekaligus ke dalam kuali dan masakkannya sehingga naik minyak dan pekat.
- ayam yang telah masak ataupun half cook, dimasukkan ke dalam kuah yang sudah pekat tadi.
- biarkan 10 minit di dalam kuali di atas api kecil untuk masakkan ayam dan biar ayam sebati dengan kuah
- sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment

Flickr

Labels