Menu

Meehun Goreng Biasa



Bahan- bahan....

6 sudu besar bawang kisar
7 sudu besar cili boh
2 ulas bawang putih ( diketuk)
1/2 peket meehun (lagi sedap kalau pakai meehun siam FAIZA dan di celur manja)
2 biji telur
10 ekor udang
3 sudu kicap manis
1 sudu kecil cuka
garam dan perasa
sayuran (saya lebih suka sawi dan taugeh...pergh)
daun bawang dan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

- panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan goreng sampai wangi.
- masukkan cili boh dulu. tumis cili boh sampai wangi. salah satu kenapa kita goreng cili boh dulu sebab dia akan jadi wangi dan makin sedap (resipi mak saya yer... ). kalau cili blend yang kita buat sendiri tak perlu, sebab kita dan masak dulu cili tu.
- masukkan bawang blend. tumis sampai naik bau dan pecah minyak. masukkan garam, perasa dan kicap. jangan lupa masukkan cuka
- bila dah sekata masukkan telur, kacau kacau .
- dan masukkan udang yang telah di kopek kulitnya.
- bila dah nampak masak sedikit, masukkan sekali gus, meehun yang telah dicelur dan sayur2 yang kita pilih tadi
-goreng goreng
-kacau kacau
-rasa rasa kalau ada yang kurang rasa.
- siap... hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang

Sedapnya sesuatu meehun adalah kerana cara kita menggoreng. Saya lebih suka masukkan cuka daripada air asam jawa. Ini kerana ia menambahkan rasa. Nak gantikan dengan air asam jawapun boleh.




No comments:

Post a Comment

Flickr

Labels