Menu

Resipi Bubur Ayam MCD


bahan-bahan :

1 pot beras
2 kium ayam 
1 inchi halia
isi ayam 
minyak bijan 
daun sup dan daun bawang 
bawang goreng 
lada sulah-kalau nak la 
garam

cara-caranya:

- rebus beras. 1 pot beras dengan 6 pot air. sampai kembang. masa ni jangan masukkan apa-apa bahan. biarkan ia mengembang dengan penuh sejahtera. ha ha ha
- bila dah nampak kembang dan dan dah elok, sila masukkan kiub ayam. kacau-kacau dan biarkan 
- bila kiub ayam dah hancur dan sebati, masukkan isi ayam yang telah di carik-carikkan, kacau
- rasa dulu, kalau dah cukup masin, tak payah masukkan garam. sebab kebanyakkan kiub ayam memang sudah ada garam dan masin
- kalau elok dah rasanya, masukkan 2 3 4 titik minyak bijan. jangan banyak sangat nanti rasa pelik. tahap-tahap bila rasa tu, ala-ala rasa mcm bubur ayam mekdi gitu
- boleh hidang. hiaskan dengan dedaunan sup dan bawang dan juga bawang goreng. sape suka lada sulah, boleh juga tambah sebagai perasa.

SAMA TAK?

selamat mencuba!!!!


4 comments:

  1. Kalo xde minyak bijan, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tp tak sama rasalah. Kelebihan bubur ni, ada minyak bija

      Delete
    2. Boleh. Tp tak sama rasalah. Kelebihan bubur ni, ada minyak bija

      Delete
  2. Terima kasih untuk resepi ni..boleh cuba.. jmput singgah ke blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Flickr

Labels