Monday, 8 August 2016

Kuih Ropa Inti Kentang

Bahan - bahan inti :

3 biji kentang di dadu
4 sudu besar daging ayam cincang
1 biji bawang holand di dadu
Sedikit daun saderi
Garam
Gula
Minyak utk menumis

Bahan untuk kulit :

2 cawan gandum
2 sudu tepung beras
1 1/2 cawan air
1 biji telur
Garam
Pewarna
Kuali leper

Cara2 :
-bancuhkan semua bahan untuk kulit.
-bancuh sampai tiada ketulan gandum
-sapu sedikit minyak pada kuali
-lenggangkan bancuhan tadi.
-bila dah masak, angkat
-masak lagi

Inti:
-panaskan minyak.
-tumiskan bawang holand dan ayam cincang
-sampai naik minyak.
-masukkan garam.gula secukup rasa
-taburkan daun saderi yang dicincang
-angkat. Siap

Cara membalut:
- ambil kulit yang dah siap, letakkan di atas pinggan leper
-letakkan inti. Dan gulung seperti kuih ketayap. Tapi petakkan sikit 😄
-ulang cara sampai habis kulit
- sudah siap, panaskan kuali leper dengan sedikit minyak
- gorengkan kuih yang sudah dilipat tadi
- agak2 garing, angkat.
-boleh hidang. Sedap

No comments:

Post a Comment