Tuesday, 23 May 2017

Masak Lemak cili Padi Ikan Keli (Bukan Nogori Punyo)

Bahan-bahan:

3 ekor ikan keli disiang bersih
( salutkan keli dengan kunyit serbuk dan garam. Salai seketika. Kalau tak ada dapur arang, letak atas kuali tanpa minyak. Kl boleh nonstick pan)

Bahan B.
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
2 biji cili api (ikut tahap pedas)
Sedikit kunyit hidup

Bahan C.
1 btg serai
1 keping asam gelugur
Gula
Garam
250 gram santan pekat

Cara-cara :

-cara saya senang. Ini cara pemalas. He he he. Blendkan sekaligus bahan A. Sekali dengan santan. Tambah air sedikit jika terlalu pekat.
-masukkan ke dalam kuali dan panaskan.
-selalu kacau. Takut naik minyak. Masukkan asam gelugur dan serai
-bila sudah gelegak, masukkan ikan keli ya g sedah disalai
-masukkan bahan perisa garam dan gula
-biarkan dengan api kecil sehingga pekat kuahnya.
-siap dan boleh di hidang
-yummy!!!

No comments:

Post a Comment