Menu

Kuih Talam Berlauk


Bahan-Bahan (loyang 6 inci)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 cawan santan(Saya guna santan RM 3 dan selebihnya tambah air)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
Cara.
  1. Kacau semua bahan dan tapiskan.
  2. Sapukan sedikit minyak dalam loyang.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukuskan selama 30 minit.
  5. Sejukkan dan taburkan inti dan daun sup & daun bawang.
  6. Potong dan hidangkan.
Bahan Inti dan hiasan
  • 200 gm daging/ayam kisar
  • 2 biji kentang (potong dadu kecil)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 paket rempah kari ayam/daging (akalu boleh alagappas, sedap)
  • 2 biji cili merah 
  • 1/2 btng lobak parut
  • Daun sup dan daun bawang 
  • 2 sudu besar minyak
  • garam dan sedikit gula
Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bwng putih.
  2. Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
  5. Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
  6. Sekiranya terdapat minyak, toskan sedikit inti supaya cantik bila di taburkan diatas permukaan kuih tadi.
Cara saya buat.
** Saya kukus kuih dlm 25 minit, then taburkan inti diatas permukaan kuih.Jika terdapat air di permukaan kuih, sendengkan loyang dan buangkan air tu dulu dengan guna tisu dapur utk mengeringkannya. Selepas itu cakar2kan sedikit permukaan dan taburkan intinya. Kukus lagi selama 10 minit supaya inti dan lapisan kuih melekat sedikit. Masa inilah baru saya taburkan lobak yg di parut, daun sup dan cili merah yg di cincang. Setelah tu saya tambah lagi 5 minit masa mengukus dngn tutup pengukus terbuka. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih talam berlauk tadi. Setelah siap, angkat dan sejukkan. Potong guna pisau plastik.Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Flickr

Labels