Menu

Gulai Ikan Yu dengan Daun Kesom



Sedapnya!!!

Bahan-bahan A (blend semua):

1/2 inchi halia
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering

B:
4 sudu besar rempah gulai bunga ros
2 sudu besar rempah masak bunga ros
minyak untuk menumis
daun kesom yang banyak. lagi banyak lagi sedap
garam
gula
belacan (wajib ni)
air asam jawa (pun wajib)
kerisik skit
santan (beli aje rm 3)

C:
Ikan Yu yang telah di buang kulitnya dan dipotong kiub

Cara-cara:

1. panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di blend. kalau nak pedas sikit, masukkan cili
giling atau cili boh
2. bancuhkan rempah gulai dan masak dengan air sedikit dan masukkan dalam tumisan
3. kacau-kacau sampai naik minyak dan masukkan santan
4. diikuti dengan belacan, air asam jawa dan kerisik
5. bila dah gelegak, masukkan ikan yu dan daun kesom
6. rasalah. agak-agak tawar, kita masukkan garam. nak balancekan rasa masukkan gula skit
7. masak sampai naik minyak gulai tu... then boleh hidang

Cara menyiang ikan Yu tanpa buang kulitnya :

1. Celurkan ikan yu yang belum di siang di dalam air panas yang tak gelegak.
2. jangan lama-lama, nanti masak pulak ikan tu
3. Angkat ikan dan gosok slow-slow kat kulit dia. buang semua rasa kasat (rasa pasir pada kulit yu)
4. Ulang celur jika masih belum hilang pasirnya
5. bila sudah habis rasa kasat pada kulit, bolehla dipotong ikan yu tersebut

Saya lebih suka kulit ikan yu, kerana ia lembut. tapi tak ramai yang rajin nak buat semua tu. better buang terus kulit. tapi, kalau saya, buat sahaja. yang sedap pastinya susah, bukan?

1 comment:

Flickr

Labels