bahan-bahan :
1 pot beras
2 kium ayam
1 inchi halia
isi ayam
minyak bijan
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
lada sulah-kalau nak la
garam
cara-caranya:
- rebus beras. 1 pot beras dengan 6 pot air. sampai kembang. masa ni jangan masukkan apa-apa bahan. biarkan ia mengembang dengan penuh sejahtera. ha ha ha
- bila dah nampak kembang dan dan dah elok, sila masukkan kiub ayam. kacau-kacau dan biarkan
- bila kiub ayam dah hancur dan sebati, masukkan isi ayam yang telah di carik-carikkan, kacau
- rasa dulu, kalau dah cukup masin, tak payah masukkan garam. sebab kebanyakkan kiub ayam memang sudah ada garam dan masin
- kalau elok dah rasanya, masukkan 2 3 4 titik minyak bijan. jangan banyak sangat nanti rasa pelik. tahap-tahap bila rasa tu, ala-ala rasa mcm bubur ayam mekdi gitu
- boleh hidang. hiaskan dengan dedaunan sup dan bawang dan juga bawang goreng. sape suka lada sulah, boleh juga tambah sebagai perasa.
SAMA TAK?
selamat mencuba!!!!
Kalo xde minyak bijan, boleh ke?
ReplyDeleteBoleh. Tp tak sama rasalah. Kelebihan bubur ni, ada minyak bija
DeleteBoleh. Tp tak sama rasalah. Kelebihan bubur ni, ada minyak bija
DeleteTerima kasih untuk resepi ni..boleh cuba.. jmput singgah ke blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com
ReplyDelete