Wednesday, 10 May 2017

Nasi Lemak Sambal Sedap

Nasi Lemak : 4 pax
Bahan bahan :
3 cawan beras
1/2 kg santan cair
Air (tambah air mengikut sukatan anda masak nasi putih yer)
Sedikit garam
Sebiji bawang merah
1/2 inci halia
1 sudu kecil minyak masak
Cara-cara :
-basuh beras sehingga bersih
-masukkan dalam rice cooker
-masukkan semua bahan tadi dan kacau
-tekan rice cooker. Tunggu sehingga siap.
-kenapa saya masukkan minyak kedalam nasi lemak td? Ini kerana minyak boleh membuatkan nasi lemak kita shining dan berderai.
Sambal Nasi Lemak (pakai sukatan ni yer):
1 mangkuk cili boh
2 mangkuk bawang merah yang di blend
3 ulas bawang putih
3 hiris halia
2 sudu besar gula
Gula melaka (sesedap rasa)
Sedikit garam
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Cara cara :
-panaskan minyak. Minyak dah panas, masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga wangi
- masukkan cili dan tumis sehingga naik minyak.
-masukkan bawang blend dan halia
- api biarkan perlahan. Kacau sekali sekala.
-dah nampak sambal agak agak dah masak, masukkan air asam jawa, gula melaka sedikit dan gula putih. Resipi saya, kalau masukkan gula melaka, mesti bak masukkan gula putih sikit. Sebab saya tak guna pak aji naik moto. Hehehe. Gula melaka pula, untuk memekatkan kuah dan menjadikan kaler sambal gelap sedikit. Tak la merah nyala. Orang nak makan pun takut. Nampak pedaih.
- kacau sekali sekala
-masukkan garam. Rasa lah sikit. Kot2 kurang masin. Tambah skit lagi.
-sambal yang dah masak akan naik minyak jernih dan tak berkeladak.
-siap
-boleh dimakan dengan nasi lemak td.
-jangan lupa telur rebus, timun, dan  bilis goreng........


No comments:

Post a Comment