Bahan-bahan :
1 paket Kambing Guangzhou (click sini untuk lihat specialnya ia)
2 sudu bawang blend
2 sudu cili blend
2 pohon sawi
sedikit garam
sedikit gula
2 sudu minyak
Bahan-bahan (3 hidangan dewasa):
#untuk bubur nasi
1 genggam beras cuci bersih-bersih
5 cawan air
#sambal
1 genggam bilis
10 ulas bawang kecil di blend
1 ulas bawang putih di ketuk
1 genggam sudu cili kering/rebus/blend
1 hirisan nipis halia
1 keping asam gelugur
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
10 sudu besar minyak untuk menumis
Cara-cara:
- masukkan beras dan air ke dalam rice cooker dan masakkan sehingga menjadi lembut. Kalau nampak kurang air, tambah air sedikit.
- panaskan minyak. Goreng bilis terlebih dahulu bersama bawang putih yang diketuk.
- bila sudah garing, toskan bilis dan ketepikan. Bawang putih biarkan di dalam minyak tadi
- guna minyak yang sama, masukkan bawang blend, cili blend, halia, dan asam gelugur.
- tumis sampai naik minyak.
- jika kita guna minyak goreng bilis, sambal kita makin sedap
- masukkan garam dan gula.
- biarkan tumis lama sedikit untyk mendapatkan texture y baik (berkerinting)
-siap
-untuk telur goreng pula, saya lebih suka buat ala ala scramble egg.
- pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk dan kacau
-masukkan sedikit air, garam sebagai perasa
-dan goreng di atas api sederhana besar
-kacau sekali dua untuk mendapatkan texture yang cantik.
#sedia untuk di hidang
Bahan-bahan:
3 ekor ikan keli disiang bersih
( salutkan keli dengan kunyit serbuk dan garam. Salai seketika. Kalau tak ada dapur arang, letak atas kuali tanpa minyak. Kl boleh nonstick pan)
Bahan B.
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
2 biji cili api (ikut tahap pedas)
Sedikit kunyit hidup
Bahan C.
1 btg serai
1 keping asam gelugur
Gula
Garam
250 gram santan pekat
Cara-cara :
-cara saya senang. Ini cara pemalas. He he he. Blendkan sekaligus bahan A. Sekali dengan santan. Tambah air sedikit jika terlalu pekat.
-masukkan ke dalam kuali dan panaskan.
-selalu kacau. Takut naik minyak. Masukkan asam gelugur dan serai
-bila sudah gelegak, masukkan ikan keli ya g sedah disalai
-masukkan bahan perisa garam dan gula
-biarkan dengan api kecil sehingga pekat kuahnya.
-siap dan boleh di hidang
-yummy!!!
Mahukan pisang goreng yang rangum kebabooo, sila ikut resipi ini. Turun temurun tau
Bahan bahan :
3 senduk tepung beras
1 sudu kecik air kapur makan
Sedikit kunyit serbuk
Air
Sebiji telur
Garam secukup rasa
Cara cara :
-bancuh semua bahan tadi sehingga likat
-likatnya, boleh membalut pisang yang hendak digoreng
-kl tlebih air, campurkan tepung beras lg. Jangan sesekali campur tepung gandum
-selepas bacuh, boleh celupkan pisang dan goreng macam biasa
- wah.... rangupnya!!!
Bahan - bahan inti :
3 biji kentang di dadu
4 sudu besar daging ayam cincang
1 biji bawang holand di dadu
Sedikit daun saderi
Garam
Gula
Minyak utk menumis
Bahan untuk kulit :
2 cawan gandum
2 sudu tepung beras
1 1/2 cawan air
1 biji telur
Garam
Pewarna
Kuali leper
Cara2 :
-bancuhkan semua bahan untuk kulit.
-bancuh sampai tiada ketulan gandum
-sapu sedikit minyak pada kuali
-lenggangkan bancuhan tadi.
-bila dah masak, angkat
-masak lagi
Inti:
-panaskan minyak.
-tumiskan bawang holand dan ayam cincang
-sampai naik minyak.
-masukkan garam.gula secukup rasa
-taburkan daun saderi yang dicincang
-angkat. Siap
Cara membalut:
- ambil kulit yang dah siap, letakkan di atas pinggan leper
-letakkan inti. Dan gulung seperti kuih ketayap. Tapi petakkan sikit 😄
-ulang cara sampai habis kulit
- sudah siap, panaskan kuali leper dengan sedikit minyak
- gorengkan kuih yang sudah dilipat tadi
- agak2 garing, angkat.
-boleh hidang. Sedap
Get All The Latest Updates Delivered Straight Into Your Inbox For Free!