Nasi Lemak Mama
Bahan-bahannya:
Untuk nasi:
2 pot beras (di cuci)
1 pot santan pekat
1 1/2 pot air
Garam
2 biji cengkih
1 batang kayu manis
1 helai daun pandan
1/2 inci halia
Secubit garam
Untuk Sambal:
5 sudu besar cili giling (cili boh)
5 sudu besar bawang merah (di blend)
2 biji bawang besar di hiris halus
2 biji bawang putih di ketuk
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula sebagai penambah perisa
Halia
Minyak 5 sudu besar
Bahan kering:
Bilis goreng
Telur goreng/ telur rebus
Kacang
Timun
Cara-caranya:
Tanak nasi seperti tanak nasi biasa. Letakkan semua bahan tadi dan masakkan. Lagi senang letak aje dalam rice-cooker.
Untuk sambal:
Sedapnya nasi lemak itu terletak pada sambalnya. Tumis kan bawang putih dan halia dalam minyak yang panas. Bila sudah naik bau, masukkan bawang merah. Tumis hingga naik minyak. Jika anda menggunakan cili boh, masukkan cili boh dahulu sebelum masukkan bawang merah. Ini boleh menghilangkan bau kurang enak dari cili boh. Tumis sampai naik minyak. Kalau anda blend sendiri Cili kering, tumis cili selepas tumis bawang kecil. Kerana cili kering blend sendiri lagi ummmph.
Okay, bila sudah naik minyak tumisan tadi, masukkan air asam jawa. Di ikuti garam dan gula mengikut citarasa anda semua. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang. Masakkan sambal sampai naik minyak dan cantik warnanya....
Sedia untuk di hidang
Selamat mencuba
Nasi Lemak Mama
Reviewed by Me and The 40's Age
on
April 02, 2013
Rating: 5
Reviewed by Me and The 40's Age
on
April 02, 2013
Rating: 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment