Ayam Masak Minang (Resepi Mentua)
Bahan utama :
1 ekor ayam dipotong 8
Bahan-bahan di kisar:
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci seketul kunyit (agak-agaklah)
2 biji bawang besar (sederhana besar)
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras
3 biji cili merah (tambah sekiranya mahu pedas)
6 biji cili api (tambah sekiranya mahu pedas)
3 batang serai dititik
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut dibuang tulangnya
2 biji kelapa di asingkan santan pekat dan santan cair
garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugur
1/4 cawan minyak untuk menumis
Cara-caranya:
-Kisarkan semua bahan yang untuk dikisar. Kisar sehingga betul2 lumat
-Panaskan minyak, dan tumis bahan yang telah dikisar tadi dengan api sederhala besar
-Setelah naik minyak, masukkan serai yang telah dititik
-Masukkan daun kunyit di koyak-koyak kasar dan daun limau purut
-Bila dah naik bau wangi, masukkan santan pekat
-Bila dah naik minyak dari santan tadi, masukkan ayam. Ayam dimasukkan awal kerana ia akan menyerap
bumbu-bumbu yang ditumis tadi
-Bila dah sebati, masukkan santan cair dan asam gelugur
-Masukkan garam dan gula secukup rasa.
-Masak sehingga ayam dah cukup empuk dan sedia untuk dihidang
Ayam Masak Minang (Resepi Mentua)
Reviewed by Me and The 40's Age
on
May 15, 2013
Rating: 5

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment