Menu

Nasi Impit Sambal Hitam



Bahan-bahan Sambal Kelapa Hitam

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing tapi janganlah sampai hitam)

Bahan A:

3 ekor ikan selayang (direbus dan ambil isinya)
3 batang serai (di racik halus)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa

Cara caranya:
1. Kisar bahan A kemudian  gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa. Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat. Tapi kalau tumbuk dengan lesung batu, pergh.... lagi power
4. Sedia dimakan bersama nasi impit.

No comments:

Post a Comment

Flickr

Labels