Bahan-bahan ( 4 orang )
Sebungkus taugeh (50sen - 1.00)
3 ulas bawang merah (dihiris)
7 biji cili padi (dihiris)
Seinci belacan (dibakar)
Sedikit udang kering (rendam dulu)
1 sudu teh lada hitam biji
2 sudu makan air perahan lemon/limau
1 sudu makan kerisik
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara:
-Taugeh hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak. (k.nor skip)
-Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
-Hiris halus bawang merah & cili padi.
-Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
-Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh. Gaul rata.
-Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
-Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula.
-Sedia untuk dimakan dengan nasi panas
No comments:
Post a Comment