Menu

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Quek Quek


I rasa macam nak makan gulai telur itik aje today... jom intai resipi
  • BAHAN A (Untuk menumis)
    -Sedikit minyak untuk menumis
    -1 biji bawang besar (ditumbuk)
    -5 ulas bawang putih (ditumbuk)
    -Sedikit halia sebesar ibu jari(ditumbuk)
    -3 batang serai (Ketuk-Ketuk bagi lebam)
    -Lengkuas..sebesar 2 ibu jari (Ketuk Ketuk bagi lebam)
    -15-20 biji Cili Padi (Mesin halus). Lagi sedap kalau guna cili padi kampong
    -1 sudu teh Serbuk Kunyit

    BAHAN B
    -Santan Pekat dari 1 biji kelapa
    -1/2 kiub Pati Ayam KNOR
    -1 helai daun kunyit (Di hiris besar-besar)
    -Sedikit garam

    BAHAN C
    -5 biji telur Itik

    Cara-Cara Memasak:-
    1. Panaskan minyak dalam periuk.
    2. Masukkan bahan A dan goreng sampai betul-betul layu. Pastikan bawang menjadi hampir garing..jika tidak masak lemak kurang menyengat/sedap.
    3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendididih perlahan-lahan (Jangan biarkan santan mendidih terlalu lama kerana minyak dari santan akan terbit dan menjadikan makanan kurang menarik)
    4. Masukkan telur Itik Sebiji-sebiji sampai habis.
    5. Tutup periuk dengan tudung untuk memastikan telur masak dengan sempurna.
    6. Siap untuk dihidangkan.

    * Selamat menjamu selera ..... 

No comments:

Post a Comment

Flickr

Labels