Menu

Agar-agar santan Gula Nisan



Bahan-bahan :
  • 1 paket  agar-agar 
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (atau terengganu panggil nisan) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (saya guna RM 3 santan pekat) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
    Cara-cara:  
    1. Masak Nisan yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
    2. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn  agar agar. saya lebih suka guna agar-agar kering dari serbuk kerana lebih sedap. Masak hingga mendidih dan hancur semua agar-agar.  
    3. Masukkan air gula nisan tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
    4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
    5. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
    6. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan ..... adohai sedapnya!!!!

    Sape sape yang tak kenal nisan terengganu, inilah bentuk dia. bukan macam gula melaka tau

    No comments:

    Post a Comment

    Flickr

    Labels